Debaran penyampai radio Hot FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood atau Azura, 27, untuk bergelar isteri kepada Shaffique Ahmad Zehnun, 30, berakhir apabila pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan dua kali lafaz di Masjid Tengku Tengah Zaharah, di sini, tepat jam 12 tengah hari semalam.
Dengan dikelilingi sanak saudara dan teman rapat, pasangan berkenaan dengan persalinan indah berwarna putih dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Nik Mahmood Nik Kar, 54, dengan disaksikan Jurunikah Jabatan Agama Islam Terengganu, Abdullah Ibrahim
Azura yang mulanya kelihatan tenang di samping ibu, Ramlah Seman, 48, dan sanak saudara kelihatan menitiskan air mata ketika Shaffique melafazkan akad nikah dan selepas sah menjadi isteri kepada Eksekutif Penjenamaan TV3 itu. Pengantin lelaki turut kelihatan sebak ketika bersalaman meminta restu kedua-dua ibu bapa dan saudara mara.
Bekas pelari pecut negara dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) ayu memakai kurung moden lengkap bertudung ilham pereka Indonesia, Yamin menerima wang hantaran RM10,000 dan tujuh dulang hantaran serba biru berisi sirih junjung, wangian, sejadah, telekung, barang kemas, telefon bimbit, kasut, tas tangan dan manisan gubahan ibu pengantin lelaki, Nik Zainun Nik Mustafa.
Shaffique menerima sembilan dulang hantaran dihias indah dengan bungaan ros segar dan beralaskan songket gubahan pereka terkenal, Khalid Ahmad berisi telefon bimbit, wangian, cincin, sirih junjung, kasut, manisan, sejadah, pakaian dan al-Quran.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; ibu bapa kedua-dua mempelai; Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul dan teman baik Azura, Fadzlun Abas.
Ahad, Julai 13, 2008
AZURA HOT FM KAHWIN
TERENGGANU MENANG LAGI
Rabu lalu Terengganu berjaya mengalah Negeri Sembilan 2 - 0 tempat sendiri kini rekod tanpa kalah sepanjang musim yang dimiliki Kelantan di gelanggang sendiri akhirnya lebur kepada seteru pantai timur, Terengganu apabila tewas 1-0 dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia malam tadi.
Terengganu lebih banyak menguasai permainan pada awal babak pertama, namun Kelantan terlebih dulu memperoleh peluang keemasan menerusi penyerang import, Enock Bentil pada minit ke-13 tetapi tolakkan yang dilakukannya tersasar.
Kelantan terus mencipta peluang pada minit ke-24, kali ini menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti oleh Mohamadou Moustapa yang hampir meletakkan tuan rumah di depan namun percubaannya terkena palang gol.
Tatkala Kelantan menyerang, pelawat yang berjaya membuka tirai menerusi Zairo Anuar Zailani yang melepaskan rembatan kencang yang terkena pertahanan Kelantan sebelum menerjah gawang melepasi jangkauan penjaga gol, Shahrizan Ismail pada minit ke-36.
Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan menggandakan asakan, namun gol penyamaan yang ditagih gagal ditemui sehingga wisel penamat. Dua kemenangan berturut-turut ini membukti tanpa sentuhan Yunus yang telah direhatkan & tanpa pertahanan Fabio Flor yang digugurkan. Terengganu terus cermerlang.
FESTIVAL NASYID
Kumpulan Nasyid I.Q (Islamic Quality) dari Perak muncul juara keseluruhan Festival Nasyid Kementerian Pelajaran 2008 bagi kategori sekolah menengah yang berlangsung di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini malam tadi.Tempat kedua disandang kumpulan Shoutun Nasihah dari Pahang manakala ketiga, kumpulan All For Ummah dari Selangor.
Sementara itu, bagi kategori sekolah rendah, juara disandang kumpulan Az-Zamil dari Selangor manakala tempat kedua jatuh kepada kumpulan Shoutun Naajihin dari Perak.