Projek pembinaan empangan berharga RM300 juta dan dewan serba guna berharga RM5 juta di Permaisuri di sini, adalah pembiayaan terakhir menggunakan Dana Khas Persekutuan sebelum pengurusan hasil royalti minyak diserahkan semula kepada Terengganu. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata pembinaan empangan itu bukan saja dapat membekalkan air untuk projek tanaman padi dan meningkatkan sistem saliran, tetapi mampu mencegah banjir di daerah Setiu.
Katanya, kerajaan negeri membina dewan serba guna yang boleh menampung kira-kira 3,000 orang kerana daerah Setiu masih ketinggalan dan memerlukan pelbagai kemudahan orang ramai. Kita mahu kedua-dua projek besar daripada peruntukan Dana Khas terakhir ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat melalui penjanaan hasil pengeluaran pertanian lebih tinggi di daerah ini
Selasa, September 09, 2008
Empangan, dewan projek akhir guna dana khas
Label:
royalti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan