Pengurus Pasar Raya Besar Mydin, M Murugayah, berkata antara produk paling laris dan mendapat sambutan pengunjung ialah kuih, termasuk yang dibekalkan oleh usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Katanya, produk lain yang menyumbang kepada peningkatan hasil jualan ialah pakaian raya seperti baju Melayu dan songkok, barang hiasan serta minuman ringan.

"Jualan daging ayam, lembu dan kambing turut mendapat sambutan kerana harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran," katanya ketika dihubungi. Murugayah berkata, sepanjang Ramadan lalu sebanyak 100 tan ayam, 50 tan daging, satu tan daging kambing berjaya dijual.
"Sejak dibuka Pasar Raya Besar Mydin sentiasa menjadi pilihan penduduk di bandar raya ini dan kita anggarkan seramai antara 10,000 hingga 15,000 pelanggan membeli belah setiap hari," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan