Menurut Matulidi, hospital terbabit apabila siap nanti dijangka mampu menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada penduduk.Katanya, antara kemudahan yang akan disediakan ialah pusat rawatan, tempat letak kenderaan manakala jumlah kakitangan dan juga peralatan akan ditingkatkan sejajar dengan perkembangan penduduk di kawasan itu sekarang.

Dalam perkembangan berkaitan pula Matulidi memberitahu, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM12,000 untuk membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik bagi seluruh Parlimen Dungun tahun ini.
Beliau turut menjelaskan, sebanyak RM2,000 telah digunakan bagi membeli pakaian raya kepada 10 orang anak yatim piatu dari lima buah sekolah rendah dalam Program Jom Beli Baju Raya yang diadakan di sini baru-baru ini."Sumbangan ini diberikan bukan sahaja sebagai tanda prihatin tetapi ia juga salah satu usaha kita menghilangkan rasa sedih mereka di atas kehilangan orang yang disayang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan