Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan arahan itu selepas mendapati ramai pegawai mengambil kesempatan menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan pada hari bekerja.

Menurut beliau, mereka bukan sahaja tidak berada pada waktu pejabat malah ada sesetengah kakitangan menggunakan kenderaan pejabat sedangkan ia bukan untuk kegunaan peribadi.''Saya kesal perkara ini berlaku dan mulai hari ini saya harap kakitangan awam menghadiri majlis perkahwinan selepas pukul 1 tengah hari atau luar waktu bertugas."
''Satu pekeliling khusus mengenai larangan itu akan dikeluarkan bagi memastikan arahan benar-benar dipatuhi," katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan