Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, sumbangan bertujuan menggalakkan agensi pelaksana supaya bersungguh-sungguh memeriahkan Ihya' Ramadan. “Sumbangan yang diberikan akan digunakan di masjid dan surau bagi aktiviti seperti khatam al-Quran, berbuka puasa ataupun menjemput imam hafiz tetapi ia bergantung kepada pihak pengurusan masjid ataupun surau itu sendiri.

“Pada masa sama, kami juga turut mengedarkan kain rentang kepada masjid dan surau bagi mengalu-alukan kedatangan Ramadan, seterusnya berharap supaya bulan mulia ini dihayati sepenuhnya melalui pelaksanaan ibadat,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Pelancaran Ihya’ Ramadan dan Bulan Zakat Peringkat Negeri Terengganu 1429H/2008M di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Katanya, antara program dirancang sepanjang bulan ini tadarus al-Quran selepas solat tarawih, perjumpaan dengan usahawan Muslim bagi dakwah zakat, ceramah mengenai kelebihan puasa dan pertukaran pegawai penguatkuasa Syariah ke daerah lain.
“Pihak kami ingin menekankan bahawa ibadat zakat bukan hanya tertumpu kepada zakat fitrah sahaja tetapi juga zakat harta,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan