Seri Paduka juga meminta umat Islam meningkatkan penghayatan terhadap kandungan al-Quran dan memperkukuhkan perpaduan supaya perisai iman yang teguh dan ilmu memberi manfaat untuk menjadi ummah terbilang serta sentiasa mendepani cabaran semasa.

“Umat Islam khususnya di negara ini juga perlu sentiasa meningkatkan usaha memperhebatkan tekad dan mengatur strategi mantap bagi memajukan agama, bangsa dan negara sehingga mencapai ke tahap dihormati dan boleh dicontohi,” titah Seri Paduka ketika menyempurnakan perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-50 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, di sini, malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan