lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dan berhampiran muara Sungai Terengganu dengan ketinggian kira-kira 200 meter dari aras laut dan keluasan 0.688 hektar, menjadikan Bukit Puteri satu destinasi bersejarah terkenal di negeri ini

Mengikut legenda rakyat negeri ini, Bukit Puteri dahulunya menjadi tempat tinggal puteri bunian dan penduduk tempatan seringkali meminjam pinggan mangkuk untuk majlis kenduri.Bagaimanapun puteri itu merajuk apabila pinggan mangkuk yang dipinjam tidak dipulangkan atau dikembalikan dengan keadaan rosak menyebabkan puteri tersebut lari ke Besut.
Selain itu katanya, Bukit Puteri juga merupakan kubu pertahanan terutama semasa pergolakan politik Kesultanan Terengganu antara 1831 hingga 1839 membabitkan Tengku Umar dengan Sultan Mansur 11.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan