
"Sebab itu kerajaan negeri terpaksa mengadakan rundingan beberapa kali bagi memastikan jajaran baru dibuat untuk pastikan terletak berhampiran bandar sedia ada. Sebab itulah juga LPT II terpaksa tertangguh beberapa kali kerana terpaksa menukar jajaran baru. "Saya tak mahu kesan yang menimpa Temerloh dan Mentakab yang terbiar berulang di Terengganu dan pembangunan kali ini turut membabitkan di kawasan jalan Jerangau-Jabor.

"Langkah ini diharap tidak ada bandar di Terengganu menjadi bandar mati," katanya menjawab soalan Mohd Zawawi Ismail (BN-Kuala Berang), semalam. kerajaan negeri juga akan berusaha menjadikan Kuala Berang sebagai bandar tumpuan dan persinggahan dengan mewujudkan lebih banyak kedai dan infrastruktur apabila siapnya jalan menghubungkan Kuala Berang dan Simpang Pulai, Ipoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan