
Idris yang juga Pengerusi Mara ketika ditemui pada majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam, berkata tiada apa yang perlu beliau sembunyikan berhubung kedua-dua projek berkenaan. “Tiada perkara yang perlu disembunyikan (mengenai projek TTI dan penganjuran kejohanan Piala Monsun),” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kedua-dua projek itu yang kini disiasat BPR selepas dibangkitkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan