Pendakian kira-kira 600 anak tangga Menara Tun Mustapha setinggi 30 tingkat berjaya dihabiskan dalam tempoh dua hari walaupun mengikut perancangan awal ia akan dilakukan dalam tiga hari.

Mohd. Noor memulakan pendakian pada pukul 3 petang Jumaat dan berjaya melakukan 11 kali pendakian pada hari tersebut sebelum menyambung 40 kali lagi pendakian mulai pukul 10.15 pagi semalam sebelum tamat pada pukul 6 petang.
Menurutnya, pendakian itu adalah bagi menyempurnakan projek Pendakian Merdeka 2008 yang bermula di Menara Pelita Kuching pada 2 Ogos dan berakhir di Menara Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan