Rabu, Julai 09, 2008

YUNUS DIREHATKAN FABIO DIGUGUR


Persatuan Bolasepak Terengganu telah merehatkan jurulatih Terengganu, Yunus Alif kerana prestasi pasukan Terengganu yang tidak konsisten. Dalam siri Piala Malaysia daripada 5 perlawanan, Terengganu hanya menang dua perlawanan, satu seri & 2 kalah. Begitu juga dengan Piala FA gagal ke perlawanan akhir. Mohd Nik akan mengambil alih tempat Yunus dan dibantu Che Ku Marzuki.

Seorang lagi pemain import Fabio Flo telah digugur dari skuad kerana prestasi yang merosot. Beliau di katakan sengaja memberi penalti ketika Terengganu vs Melaka & Terengganu vs Sarawak. Bukan itu saja, dia telah melanggar arahan apabila ditegah mengambil penalti ketika melawan Sarawak & tendangan tidak masuk ke jaring. Sikapnya menyebabkan Terengganu tewas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan