Selasa, Julai 01, 2008

TERENGGANU PENGELUAR ROCK MELON TERBESAR



Terengganu mensasarkan memperolehi antara RM30 juta hingga RM50 juta daripada jualan buah rock melon tahun depan, sekali gus menjadikan negeri ini sebagai pengeluar terbesar buah itu di negara ini.

Pengarah Eksekutif Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC), Ir. Adnan Ghazali berkata, sasaran itu mampu dicapai berikutan pada masa ini terdapat lebih 250 petani sedang mengusahakan tanaman tersebut di seluruh negeri.

Jenama TrenDI Fresh, saya optimis bahawa Terengganu akan menjadi pengeluar buah rock melon terbesar di negara ini berikutan permintaan yang tinggi sejak akhir-akhir ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan