“Saya percaya jika mekanisme ini dapat dilaksanakan oleh semua jabatan ianya dapat meningkatkan integriti dalam sektor awam ke arah yang lebih cemerlang,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said di majlis penutup Seminar Pengurusan Integriti Pegawai Awam Negeri Terengganu di Dewan Utama, Menara Yayasan Islam, Kuala Terengganu, petang semalam (14 Julai).
Teks ucapan Menteri Besar dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Ahmad Razif Abdul Rahman

tumpuan utama kerajaan hari ini adalah untuk meningkatkan kebekesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan syabas kepada BPR dan Institut Integriti yang mewujudkan perkongsian bestari bagi menjayakan seminar ini.
“Kegagalan agensi kerajaan dalam memastikan sistem penyampaian awam berfungsi dengan cekap, boleh menimbulkan persepsi awam sebagai penafian hak rakyat untuk mendapat keadilan dan keselamatan dalam pembangunan dan pengagihan ekonomi negara serta kebajikan sosial,” katanya.

Katanya, ketua jabatan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tinggi dalam meningkatkan usaha, merealisasikan hasrat besar kerajaan mencegah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan secara kawalan dalam setiap jabatan atau organisasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan