Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin, T-Team walaupun ketinggalan tujuh mata, kelihatan masih 'berminat' mengintai peluang merebut gelaran selepas membelasah Shahzan Muda, 5-0. Hatrik Mohd Haris Safwan Kamal pada m-17, m-40 dan m-60 serta Azrul Hazran Amluddin dan Norhisham Hassan masing-masing pada m-31 dan m-33 sudah memadai bagi memastikan bekalan tiga mata berharga milik mereka.