
Cuma yang diharapkan kedua-dua blog ini tidak menambur cerita fitnah yang memecah belah peraduan rakyat Terengganu. Bersainglah dengan sihat. Kepada pembaca..bacalah sebagai pengetahuan..jangan taksub..
Nota : Blog jaranganakmelayu.blogspot.com dengan blog jaranganakmelayu1.blogspot.com adalah berbeza
Kemelut T'ganu: Semua sudah sedar, kata Hisham
BalasPadamItulah kata2 DS Hishamudin di dalam Malaysiakini pada hari ini 21 Mei 2009.
Ini ditambah pula dengan kenyataan Adun Ajil di dalam muka depan bahawa beliau tiada hasrat jadi MB.
Maka ini adalah petunjuk bahawa kemelut politik di Terengganu kini sudah berakhir di mana Adun Ajil sendiri akur dengan keputusan yang dibuat oleh DS Hishamudin semalam.
Ini juga menunjukkan bahawa beliau telah bersedia untuk bekerjasama dan mengikut arahan pucuk kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui oleh YAB Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Negeri Terengganu Darul Iman.
Alhamdulillah.