Ini kerana, teksi dan kereta sewa merupakan antara pengangkutan awam yang menjadi pilihan orang ramai termasuk pelancong asing untuk ke pelbagai destinasi pelancongan di negeri ini.

Usaha itu juga dibuat dalam usaha meningkatkan pemahaman pemandu teksi dan kereta sewa mengenai peranan mereka sebagai antara petugas barisan hadapan sektor pelancongan.
Ia dilakukan bukan sahaja untuk keperluan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2008 tetapi juga kerana negeri ini akan menjadi hos beberapa acara sukan antarabangsa yang akan menjadikan Terengganu tumpuan masyarakat dari seluruh dunia.
Penjenamaan keatas kereta sewa sahaja. Kenapa kerajaan Negeri Terengganu tidak melihat kepada keperluan pengangkutan atau perkhidmatan awam seluruh negeri . Umpamanya bas dari daerah lain ke Bandaraya Kuala Terengganu dan juga antara daerah. Saya lihat kerajaan Negeri banyak tertumpu kan kepada yang remeh temeh.
BalasPadamSekian terima kasih